Pages

Tuesday 17 January 2012

Tabung Haji di Maybank

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:
ATM
1. Pengeluaran wang tunai daripada akaun Tabung Haji*
2. Pindahan wang*
    - Daripada akaun Maybank ke akaun Tabung Haji (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Maybank (sendiri atau pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji (pihak ketiga)
    - Daripada akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Amanah (sendiri)
3. Pertanyaan baki
4. Pendaftaran haji
5. Pendaftaran akaun Tabung Haji (sendiri atau amanah) dengan kad ATM Maybank

CDM
1. Deposit*
2. Pertanyaan baki
3. Pendaftaran haji (dengan kad ATM)

* Caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi pengeluaran wang, pindahan wang atau deposit. Tiada caj dikenakan untuk lain-lain transaksi.

Langkah-langkah untuk:
Pendaftaran akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkankad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN AKAUN TABUNG HAJI'
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji. Tekan 'YA' untuk skrin seterusnya
5. Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji 
6. Tekan 'YA' untuk pengesahan
7. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pengeluaran wang melalui ATM
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENGELUARAN WANG'
4. Masukkan jumlah pengeluaran (RM)
5. Skrin akan memaparkan akaun-akaun yang didaftar dan pilih akaun yang akan didebitkan
6. Wang akan dikeluarkan
7. Sebaik saja selesai pengeluaran, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Pendaftaran Haji dengan kad ATM Maybank
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih 'TABUNG HAJI'
3. Pilih 'PENDAFTARAN HAJI'
4. Syarat umum akan dipaparkan di skrin ATM
5. Tekan 'YA' untuk langkah seterusnya
6. Sebaik saja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi ATM

Deposit tunai melalui CDM
1. Pilih 'DEPOSIT TUNAI TABUNG HAJI'
2. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
3. Masukkan wang
4. Pilih 'YA' untuk mengesahkan jumlah deposit
5. Sebaik sahaja selesai transaksi, sistem akan mengeluarkan slip transaksi CDM

Hotline No: 1300 88 6688
Website: www.maybankislamic.com.my atau www. maybank2u.com

Thursday 5 January 2012

Wedding Checklist (Belah Perempuan)

Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Yang perlu hanya akad nikah (wajib) dan walimah (sunnah). Tapi nak merealisasikannya di zaman sekarang tak semudah berkata-kata. Ini saja yang termampu setakat hari ni (5 Jan 2012). 10 Feb 2012 14 Mar 2012

1. Tok kadi 
- Belum book.
- Book untuk sebelah pagi pukul 10. 

2. Borang 
- Kene tunggu 3 bulan sebelum nikah.
- Dah ambik di Pejabat Agama. Borang kebenaran berkahwin, Borang Wali dan Borang Ujian HIV yang masing-masing berharga RM5. Surat akuan bujang dari company juga sudah. Hanya perlu balik kampung untuk cari saksi borang, wali dah hantar.

3. Jamuan 
- Mostly mak aku yang uruskan. So aku tak payah pening-pening sangat dengan benda ni. Rewang je ramai-ramai.

4. Make-up 
- Mula-mula nak guna khidmat kawan je tapi tak jadi. Sekarang still survey yang terbaik. Bukan senang nak cari mak andam yang boleh tolerate nak ikut karenah pengantin, kan?   
- Dah jumpa mak andam yang dekat-dekat dengan rumah. So far oklah dia punya harga sekali dengan mini pelamin, hiasan bilik tidur, meja makan dan andaman dua kali. Judging from the photo taken by her rasanya make-up tak over sangat macam opera cina and still boleh consider ikut aku punya kemahuan. Deposit paid.

5. Baju
- Mula-mula nak guna satu baju je untuk nikah dan resepsi since aku tak bersanding. Lepas nikah terus makan tapi tiba-tiba ada orang sponsor baju pulak.
- Baju nikah warna putih. Dah hantar jahit pun. Guna kain satin saja takde lace. Simple. Buat baju kurung moden tambah bunga manik-manik sikit. Baju lelaki buat baju melayu cekak musang tambah sulam dekat leher dan poket. Tukang jahit pun banyak bagi idea dan alternatif dengan harga masih di bawah bajet. Deposit paid.
 - Baju resepsi kain satin purple sekali dengan lace disponsor olek mak aku. Plan nak hantar kat orang lain pulak tapi masih survey.  
- Hantar dekat orang sama di kedai Pasar Larkin sebab malas nak pening-pening cari lain. Lagipun tukang jahit tu pun dah ok. Mula-mula nak buat baju raihan untuk lelaki dan baju panjang untuk perempuan tapi tak jadi. Mak aku nak jugak bakal menantu dia bertanjak di hari bahagia kami. Jadi baju melayu cekak musang untuk lelaki dan baju kurung Pahang untuk perempuan. Dan upahnya juga lebih murah dari baju nikah. Deposit paid.
- Baju nikah dah siap, dah ambik dan dah basuh pun. Boleh tahan puas hati.

6. Baju untuk family
- Cari untuk adik-adik saja ikut tema warna purple. Kalau boleh sedondon senang nak cari kalau nak mintak tolong apa-apa. 
- Dah jumpa kain yang cantik dengan harga berpatutan di Gulati's. Baju bunga-bunga biru purple dengan kain satin purple. Tak nak kalah adik-adik aku ni. Baju mengalahkan pengantin.

7. Photographer
- Tak masuk dalam list mula-mula tapi menurut rakan-rakan aku ni la yang paling penting sebab merakamkan seribu kenangan. Betul jugak tapi tak nak la yang ribu-ribu. Yang penting time nikah je.  
- Mula-mula nak hire En. Anuar Padeli yang tinggal di area Muar. Tapi bila survey-survey akhirnya aku hire photographer Kak Ina. Tak kenal pun tapi yang membuatkan aku tertarik adalah kerana beliau mengenakan syarat untuk mengambil gambar pengantin bertudung sahaja. First time aku jumpa. Harga yang ditawarkan sama je macam Anuar malah beliau tinggal lebih jauh tapi aku pilih Kak Ina jugak.

8. Inai
- No idea  

9. Gift
- Ikut cadangan mak aku buat je macam booklet doa-doa harian. Jarang orang buat dan banyak manfaat. Minta tolong adik aku buatkan tapi kalau tak jadi takde la nampaknya.   
- Beli dua kotak mug di Giant dengan harga promosi RM0.98 sebiji. Sekotak ada 72 biji. Tapi bila ternampak banner iklan pendrive 4Gb harga RM1 rasa nak beli untuk jadikan goodies pulak. Hehe

10. Bilik pengantin
- Set bilik tidur je yang dah beli. Hiasan sekali dengan pelamin la kot.   
- Diuruskan oleh mak andam.

11. Pelamin
- Asal-asalnya tak nak bersanding so buat apa nak pelamin. Mak aku cakap, "Buat la kan sekali je seumur hidup." Bincang punya bincang last-last mak aku macam okey tak bersanding tapi nak jugak pelamin kecik so "takdelah nampak kosong sangat ruang tamu," katanya.   
- Aku pilih untuk buat mini pelamin. Boleh juga dijadikan background semasa bergambar.

12. Kad kahwin
- Bajet nak cari yang murah je sebab orang tak simpan pun. Kalau boleh yang bawah 40 sen tapi sedap mata nak baca tak la sampai sesat nak cari rumah.   
- Kami menempah kad kahwin dengan harga borong iaitu RM0.29 sekeping. Kualiti dan designnya amat memuaskan hati. 

13. Kek
- Yang ni saja suka-suka mungkin potong buat makan family je.  

14. Hantaran
-  Ni memang aku nak buat sendiri. Dari bakul sampai la pilihan barang-barang yang akan diletakkan di dalamnya. So far macam dah lengkap tapi mungkin akan ada tambahan lagi.
    - Sirih junjung - tak tahu lagi mungkin aku buat mungkin minta tolong orang yang lebih pakar pasal adat.
    - Cincin perak - Mak aku cakap macam tak payah tapi dah beli pun (dapat sekali cincin emas putih RM70 dan subang mutiara sempena promosi Wah Chan).
    - Kemeja dan kasut
    - Buku 'Imam-imam yang Benar'
    - Sejadah dan kain pelikat
    - Kain Pelikat
    - Cermin mata
    - Pouch bag dan set tali pinggang/dompet
    - Tuala 
    - Buah
    - Coklat
- Mungkin ada tambahan sedikit makanan.

    Monday 2 January 2012

    Tahun Baru Masihi

    Resolusi baru?

    Saya tak pernah menyenaraikan azam berjela-jela setiap tahun baru. Cukuplah sekadar saya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Secara umumnya.

    2012 akan menjadi tahun yang benar-benar baru bagi saya. Tahun yang akan memberikan kehidupan baru. Dengan izin-Nya.

    Amin.